Peluang pelaburan asing dan Sektor Perkilangan dalam perdagangan antara AS dan China.

 Berikut adalah tugasan JKE414 Ekonomi Malaysia - USM 2022/2023


Ahli Kumpulan : 

Chen Seong Ming ( Ketua )

Zamrina binti Ahamed Wajhar Ali

Roselyn Binti Pilah

Pradkashini A/P Manogaran

Rajarajeswari A/P Ganesan


1.1  ISI KANDUNGAN

 

 

 

 

KULIT TUGASAN.. 1

Penilaian terhadap ketua kumpulan dan ahli kumpulan lain. 3

1.1        ISI KANDUNGAN.. 5

1.2        PENDAHULUAN - DEFINISI 6

1.2.1         LATAR BELAKANG. 6

1.2.2         ISI KANDUNGAN.. 7

1.2.3         OBJEKTIF. 8

KAJIAN LEPAS. 9

1.3        TEORI 10

1.4        PANDANGAN / KOMEN / CADANGAN.. 11

1.4.1.        PERDAGANGAN ANTARABANGSA. 11

1.4.2.        SEKTOR PERKILANGAN.. 13

1.4.3.        PELABURAN ASING ( FDI ) 14

1.4.4.        PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN.. 15

1.4.5.        PEMBANGUNAN MODAL INSAN.. 16

1.5        KESIMPULAN - HIPOTESIS. 18

1.6        RUJUKAN.. 19

 

 

 

 

 

 

1.1   PENDAHULUAN - DEFINISI

       Melalui dapatan kajian, 84.50% kegiatan pengeksportan oleh Malaysia adalah daripada sumber hasil sektor perkilangan. Contohnya, industri Elektrikal dan Elektroniks (E & E) sumbang 38% daripada kesemua jumlah eksport setiap tahun. Malaysia telah menceburi bidang sektor semikonduktor sejak 1972 dan telah membina modal insan, rantaian bekalan sejak 1972 tersebut. Sebahagian besar kegiatan eksport dalam industri E&E disumbang oleh semikonduktor.  Pulau Pinang juga telah digelar sebagai Silikon Valley di Timur. Namun, Malaysia menerima cabaran daripada negara lain seperti Negara China, Vietnam dan seterusnya Taiwan dan Korea. Melalui perang perdagangan antara AS – China, Malaysia dapat manfaatkan peluang ini untuk menangani kesemua cabaran. Hal ini demikian, kebanyakan kilang-kilang elektronik yang bertaraf multinasional telah wujud di Malaysia dan sebahagian pelaburan akan dipindahkan dari China ke Malaysia untuk meningkatkan kegiatan eksport semikonduktor dan E&E di Malaysia.

1.2.1                 LATAR BELAKANG

 

Sejak tahun 2017, perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China merupakan isu hangat hingga ke hari ini. Perang perdagangan ini tercetus apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melakukan penyiasatan kerana meragui akan polisi dagangan yang dilaksanakan oleh negara China terutamanya dalam harga intelek. Perang perdagangan dua kuasa besar ini menyebabkan pelbagai negara menerima kesannya kerana mengamalkan ekonomi terbuka. Peningkatan tarif ke atas produk oleh kuasa besar ini merugikan kedua-dua pihak. Akibat daripada tindakan tersebut kebanyakan negara menerima impak buruk dan kesan positif dari perang tersebut. Menurut laporan Berita Harian Online (26 Jun 2019), perang perdagangan antara dua kuasa besar menjejaskan perdagangan serantau Asia Pasifik. Tinjauan yang dilakukan oleh Dewan Perdagangan Amerika di Singapura menyatakan sebaliknya bahawa perang perdagangan antara dua kuasa besar memberi impak positif terutamanya negara-negara Asia. Hasil dari tinjauan menyatakan manfaat besar dapat dinikmati oleh negara Vietnam kerana persekitaran dan kos rendah untuk perniagaan. Malaysia juga mempunyai kelebihan daripada perang perdagangan antara dua kuasa besar ini. Laporan Sinar Harian Online (14 Januari 2019) melaporkan bahawa kebanyakan industri melibatkan Informations and Communcations Technology (ICT) dan syarikat elektronik sudah lama bertapak di Malaysia antaranya Dell, Sony dan Panasonic. Ini dapat meningkatkan lagi pelaburan dan pengeluaran dengan lebih lancar.

 

 

 

 

 

1.2.2                 ISI KANDUNGAN

 

Dalam kajian ini para pengkaji membincangkan lima bahagian bagi iaitu bahagian pertama pengkaji menerangkan sedikit pengenalan dan sebab berlakunya berlakunya peluang pelaburan asing dan sektor perkilangan dalam perang perdagangan antara negara Amerika Syarikat dan China. Bahgaian kedua membincangkan objektif yang ditetapkan oleh pengkaji bagi memudahkan pelaksanaan kajian antaranya menganalisis kelebihan sektor perkilangan dan E&E industry di Malaysia dan menganalisis peluang Malaysia dalam perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa Malaysia. Bahagian ketiga menyatakan data yang digunakan bagi melaksanakan kajian ini iaitu data sekunder, KDNK dan eksport Malaysia. Pengkaji juga menyatakan teori-teori yang relevan berdasarkan kajian yang dilakukan. Selain itu, pengkaji membincangkan dan member cadangan melalui jurnal yang diperoleh berdasarkan lima tema iaitu pelaburan asing, penyelidikan dan pembangunan, pembangunan modal insan, sektor perkilangan, dan perdagangan antarabangsa.  Bahagian akhir sekali pengakaji membuat kesimpulan dengan menggunakan semua hasil kajian yang diperoleh dan dibincangkan serta menyatakan hipotesis adalah benar bahawa perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China merupakan satu peluang untuk Malaysia jika Malaysia melaksanakan stratergi yang betul.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.2.3                 OBJEKTIF

 

a) Menganalisis kelebihan sektor Perkilangan dan E&E industri di Malaysia. Terutamanya industri semikonduktor untuk menarik pelaburan Asing.

b) Menganalisis peluang Malaysia dalam Perang Perdangangan antara AS dan China untuk meningkatkan Perdagangan antarabangsa Malaysia.

c) Menganalisiskan sektor semikonduktor di Malaysia sebab ini merupakan sektor paling besar dalam sektor E&E. Manakala sektor E&E merupakan sektor paling besar dalam sektor perkilangan di Malaysia dari segi eksport, produktiviti, KDNK dan sebagainya.

d) Strategi yang perlu dilaksana oleh Malaysia untuk menarik pelaburan baru ke bidang E&E dan sektor semikonduktor, seperti tingkatkan modal insan dan lain-lain.

e) Menganalisis strategi tingkatkan produktiviti sektor semikonduktor seperti pelaburan di Penyelidikan dan pembangunan.

f) Peluang industri teknologi, E&E dan Semikonduktor dalam Aritificial Inteligent ( AI ) kini, terutamanya peluang dalam ChatGPT sekarang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KAJIAN LEPAS

 

Abad, L., Amalu, N., Kitamura, K., Lohan, R., & Simalabwi, A. (2015) pernah mengkaji kelebihan persaingan Malaysia di semikonduktor industri. Mereka juga pernah menhuraikan kluster semikonduktor dan membuat analisis modal berlian Michael Porter ( 2011 ). Tetapi, kajian itu dibuat sebelum perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China mencetus.

Yean Tham, S., Yi, A. K. J., & Ann, T. B. (2019) kaji perang perdagangan dan kesan terhadap Malaysia. Tetapi, tumpuannya adalah semua industry di Malaysia dan bukan semiconductor industri. Walaupun kajian mereka dapati E&E industry adalah eksport terbesar di Malaysia. Tumpuan kajian mereka adalah panel solar dan bukan semiconductor.

Ting ( 2020 ) mendapati Pelaburan asing Malaysia telah meningkat 127% pada suku 1 tahun 2019. Tetapi, ini merangkupi panel solar, peralatan perubatan,perkakas E&E. Tiada kajian mengenai sector semikonduktor setakat ini.

Bekas Ketua Ekonomi dan assitat gabenor Bank Negara Malaysia pada 1972 dan 1976 dan berkas Timbaln Ketua Eksekutif Hong Kong Monetary Authority ( 1993 ) dan berkas Pengerusi Securities and Futures Commission di Hong Kong ( 1999 ), Tan Sri Andrew Sheng berkata dalam satu temubual dengan Sin Chew Daily berkata “Negara kita kini berada di titik manis (kedudukan yang menguntungkan), hubungan China-AS tegang, dan pelaburan banyak syarikat semikonduktor akan dilaburkan di Malaysia. "Pada tahun 2018, kerana syarikat teknologi negara kita tidak melakukan dengan cukup pantas, beberapa kilang teknologi yang dibiayai oleh asing berpindah ke Vietnam dan Bangladesh. Jika kita boleh meningkatkan kecekapan dan barisan pengeluaran, kita boleh menarik pelaburan teknologi asing. Bagaimanapun, ramai ahli politik tidak peduli tentang perkara ini pada masa itu. Hilang banyak peluang baik.”

Ahli Lembaga Khazanah Nasional Berhad sejak 2013, beliau menegaskan bahawa industri semikonduktor negara kami mempunyai prospek yang sangat baik. "Dari perspektif masa dan tempat yang sesuai, ASEAN adalah rantau terbaik. Dunia memerlukan sumber dari rantau sini, penduduk muda, dan infrastruktur di Malaysia. Cuma kini kita terperangkap dalam masalah  manusia. Ini adalah bakat dan dasar. Masalah kami, kita kini mengimport buruh murah dan mengeksport bakat berteknologi tinggi yang berharga. Bagaimana kerajaan harus mengubahsuaikan dasar ini? Negara kami tidak boleh bergantung kepada buruh murah untuk memacu ekonomi.”

 

 

 

 

 

 

 

 

1.2  TEORI

Menurut teori model berlian di buku The Competitive Advantage of Nations oleh Michael Porter ( 2011 ), ( Butler-Bowdon, T. 2017). . Kelebihan persaingan negara terdiri daripada 4 elemen. Iaitu: kluster; keadaan,situasi atau kondisi; permintaan; strategi, struktur dan persaingan.

“Semikonduktor adalah petroleum pada tahun 1980-an”, kata Jerry Sanders, CEO untuk AMD. Malaysia telah melabur dalam sector semikonduktor sejak 1971. Selama 50 tahun, Malaysia telah membina pembekal, rantaian industry dan kluster disektor semikonduktor yang tidak senang digantikan oleh negara bersaing di Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam. ( Abad et al., 2015 ) 80% syarikat semikonduktor terbesar didunia ada kilang di Malaysia.

Malaysia juga mempunyai modal insan yang berpendidik tinggi seperti jurutera yang berpengalaman di bidang semikonduktor. Pakar dan innovasi jurutera di Malaysia boleh bertanding dengan jurutera di Negara maju malah di Amerika Syarikat. Jika ada permindahan teknologi, jurutera di Malaysia mampu mengejar jurutera di negara maju di segi kemahiran. Menurut Ketua Pengawai Esekutif Superconductor International Semiconductor Technology Co Ltd ( TSIST ) Profesor Liu Chien-Lung. TSIST yang akan melabur 30% ekuiti dalam syatikat semikonduktor yang tersenarai di Bursa Malaysia, MQ Technology Bhd ( MQTech ). Syarikat itu memilih Malaysia sebab Malaysia ada simpanan bahan mentah semikonduktor yang ke 3 di Asia. Merangkumi 7%. Taiwan hanya 11%, menurut laporan pembelian bahan mentah sector semikonduktor tahun 2021. Jadi, Malaysia juga ada keadaan, situasi ,kondisi dan ekosistem yang sesuai untuk mengambil kesempatan membangunkan sector semikonduktor.

Kebanyakan syarikat semikonduktor di Malaysia adalah Multinational Corporation ( MNC ) . Malaysia tidak ada masalah disegi permintaan walaupun bukan dalam negeri. Permintaan semikonduktor adalah dari MNC mengikut keluk pengalaman dari “Firm based teory”. ( Fred Warshofsky, 1989).Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia seperti Inari Amertron, MPI, Unisem, Globetronicsjuga adalah pembekal kepada MNC tempatan.

Jadi, Malaysia boleh mengambil kesempatan perang perdagangan antara Amerika Syarikat and China jika melaksanakan strategi yang wajar,  sebab Malaysia sudah mempunyai 3 elemen berlian dari teori Michael Portal, iaitu, kluster; keadaan,situasi atau kondisi; permintaan. Cuma perlu laksanakan strategi yang wajar.

 

 

 

 

 

 

1.3  PANDANGAN / KOMEN / CADANGAN

1.4.1.               PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Menurut kajian lepas, Malaysia telah menerima sebahagian besar daripada hasil perdagangan daripada perang perdagangan yang berterusan, menduduki tempat keempat di peringkat global. Ini disebabkan terutamanya oleh lonjakan ketara dalam eksportnya ke China. Industri eksport Malaysia termasuk sisa dan aloi sekerap, gas asli, dan benzol, yang dieksport ke China. Terdapat trend menaik dalam sesuatu sejak permulaan perang perdagangan. Peningkatan semasa dalam ketegangan perdagangan membayangkan bahawa China mungkin mengurangkan import pelbagai barangan keluaran AS dan mencari import alternatif. Pengeluaran peralatan elektronik dan elektrik, bahan api mineral, jentera perindustrian dan plastik Malaysia memberi peluang kepada negara untuk mengembangkan eksportnya ke China pada tahun-tahun akan datang. Perang perdagangan telah menghasilkan manfaat yang tidak dijangka kepada Malaysia, iaitu peningkatan dalam pelaburan langsung asing (FDI). Pada Q1 2019, terdapat peningkatan ketara sebanyak 127% dalam pelaburan langsung asing (FDI) dalam industri pembuatan Malaysia jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Peralihan syarikat multinasional Amerika dari China ke Asia Tenggara adalah penjelasan yang mungkin untuk kejadian ini. Keupayaan pembuatan Malaysia untuk panel solar, peralatan perubatan dan peralatan E&E berkemungkinan besar yang menyumbang kepada trend ini. Barangan ini banyak diimport oleh AS dari China. Kenyataan itu mencadangkan bahawa Malaysia akan mengalami peningkatan dalam pengeluaran ekonomi dan eksport, membawa kepada peningkatan dalam imbangan perdagangan negara dan pertumbuhan ekonomi keseluruhan. Menurut Rajah 4, Malaysia hanya menerima sebahagian kecil daripada lencongan perdagangan, bersamaan dengan 1.3% daripada KDNKnya. Ini berbeza dengan Vietnam dan Taiwan, yang telah menerima saham yang lebih besar. Ini mungkin disebabkan kelebihan perbandingan Malaysia yang semakin berkurangan. Kesan potensi perang perdagangan terhadap ekonomi Malaysia adalah satu perkara yang membimbangkan, kerana ia sangat bergantung kepada eksport. Pengenaan tarif yang berpanjangan boleh mengakibatkan situasi di mana semua pihak yang terlibat mengalami masalah kerugian bersih, yang dikenali sebagai permainan jumlah negatif. Ini boleh membawa kepada pengurangan permintaan dan pengeluaran global. Penurunan eksport dijangka memberi kesan negatif kepada ekonomi Malaysia, mengakibatkan pengurangan permintaan agregat dan penurunan pertumbuhan KDNK. Dapat disimpulkan bahawa ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada eksport, kerana ia membentuk kira-kira 67.6% daripada KDNK negara pada 2016. Kesan perang tarif terhadap ekonomi Malaysia adalah tidak menentu, berikutan penurunan permintaan eksport dan potensi peningkatan permintaan. daripada lencongan perdagangan adalah faktor yang bercanggah. Ketidakpastian mengenai masa dan jumlah pelaburan asing baharu di Malaysia mewujudkan cabaran dalam meramalkan kesan jangka panjang perang perdagangan terhadap negara. Bank Negara Malaysia telah menganalisis keadaan dan membuat kesimpulan bahawa walaupun Malaysia mungkin mendapat manfaat daripada lencongan perdagangan, kesan negatif keseluruhan perang perdagangan dijangka melebihi keuntungan ini. Kenyataan itu menunjukkan bahawa konflik perdagangan yang berpanjangan tidak akan memberi manfaat kepada Malaysia.

 

 





 

 

1.4.2.               SEKTOR PERKILANGAN

 

   Reinert (2007) menunjukkan bukti sejarah yang sistematik untuk menyokong idea bahawa setiap pemaju yang berjaya telah menggunakan dasar perindustrian untuk mengindustrialisasikan, sama ada secara sedar atau tidak sedar. Reinert (2007) juga menyatakan bahawa pada tahun-tahun awal pertumbuhan pesat, kejayaan pembangunan organisasi untuk bekerjasama dengan ekonomi dan pembangunan negara (OECD) telah dikaitkan dengan peningkatan kedua-dua bahagian KDNK dan kepelbagaian dalam aktiviti.

  Satu bahagian penting dalam industri E&E iaitu industri semikonduktor, bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1950 dan menguasai pengeluaran global selama hampir dua dekad. Pada 1989, Jepun menyumbang 42% daripada pengeluaran semikonduktor global, manakala Amerika Syarikat dan Eropah masing-masing menyumbang 26% and 12% (Abibullah et al.). Sejak tahun 60-an, kilang pengeluar semikonduktor milik syarikat antarabangsa di Amerika Syarikat telah membina beberapa negara pengeluar utama semikonduktor, seperti Malaysia, Filipina dan Thailand. Pada 1962, Syarikat Fairchild menubuhkan kilang pengeluaran seberang laut pertama di Hong Kong, dan pada 1966, Syarikat menubuhkan kilang kedua di Taiwan. Syarikat dari Amerika Syarikat membuka kilang di Singapura dan kemudiannya di Malaysia pada akhir tahun 60-an.

      Pandangan kami, penggiat barangan elektrik dan elektornik (E&E) tempatan di Malaysia dapat memulihkan keadaan semasa perang perdagangan AS-China semakin meningkat. Akibat daripada ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara dua ekonomi terbesar dunia, sektor pengeluaran dan pembangunan menjadi lebih lembab. Perkara ini juga disokong oleh Firdaus Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Silterra Malaysia Sdn Bhd, dimana beliau berkata pengeluar cip tempatan kini mengimbangi portfolio pendapatan mereka sambil meneroka bidang baharu semasa China menghadapi ketidaktentuan akibat perang perdagangan. Oleh itu, mereka menggunakan strategi kontingensi untuk mengimbangi kesan perdagangan China dengan perniagaan di tempat lain seperti Eropah. Pada masa itu, China menyumbang 34% daripada pendapatan syarikat, manakala Amerika Syarikat, Taiwan dan Eropah masing-masing menyumbang 11% and 31%. Melalui perang perdagangan AS- China Malaysia dapat meningkat kegiatan eksportnya kerana situasi tersebut adalah situasi yang sesuai untuk Malaysia mengukuhkan kedudukannya.

1.4.3.               PELABURAN ASING ( FDI )

Korea ada Samsung, Taiwan ada Taiwan Semiconductor Manufacturing Corporation ( TSMC ) , Singapore ada  Chartered Semiconductor. Malaysia ada Silterra tetapi masih dalam kerugian. Cip Foundry perlu pelaburan18 billion setiap kilang. Kerajaan Jepun, Taiwan, Singapore memberi subsidi dan grant kepada pelabur asing jika ada pelaburan melabur untuk membina kilang semikonduktor. ( Miller, 2022) Tetapi, ini satu spekulasi yang melibatkan billian. Qualcomm dan Nvidia pernah pindah tempahan mereka dari Samsung ke TSMC. Samsung akan mengalami kerugian jika sudah bina kilang tetapi tiada tempahan.

Anak syarikat Hon Hai dari Taiwan, Foxconn, berminat melabur dalam Silterra menunjukkan Malaysia mempunyai daya saing di sektor semikonduktor. Singapore ada had tanah, Thailand mempunyai tanah tetapi kurang jurutera. Vietnam mempunyai daya saing di Electronic Manufacturing Services ( EMS ). Malaysia masih ada daya saing dalam sektor semikonduktor di Asia Tenggara sebab jurutera mempunyai 50 tahun pengalaman di sektor semikonduktor.

Superconductor International Semiconductor Technology Co Ltd ( TSIST ) juga akan melabur 30% ekuiti dalam syatikat semikonduktor yang tersenarai di Bursa Malaysia, MQ Technology Bhd ( MQTech ). Syarikat itu memilih Malaysia sebab Malaysia ada simpanan bahan mentah semikonduktor yang ke 3 di Asia. Merangkumi 7% simpanan seluruh dunia. Walaupun Malaysia tidak mempunyai chip foundry. Taiwan hanya ada 11% simpanan bahan mentah walaupun mempunyai chip foundry. Kata Ketua Pengawai Esekutif TSIST, Profesor Liu Chien-Lung.

Pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif Phison Eletronic Group di Taiwan, Datuk Pua Khein Seng ingin melabur kilang baru di Malaysia sejak tutup syarikat lama Phisontech Electronics ( Malaysia ) Sdn Bhd di Malaysia pada October 2020. Pelaburan mula pada 2012 itu tidak berjaya sebab jurutera yang di latih selalu di tawarkan gaji yang sama di Singapore dalam matawang Singapore. Sekarang, produk anak syarikat di kilang di China tidak dapat dijual ke Amerika Syarikat akibat perang perdagangan. Datuk Pua kata kali ini dia akan beri Skim Opsyen Saham Pekerja ( ESOS ) kepada jurutera dan pekerja di syarikat Malaysia, supaya mereka lebih bermotivasi untuk berkerja dan kekal dalam syarikat, tidak akan tertarik kepada gaji matawang asing yang lebih tinggi. Dia juga berharap kerajaan baru perlu melaksanakan “local content policy”supaya produk tersebut ada pasaran tempatan dan tidak hanya dijual balik ke ibu pejabat di Taiwan. Supaya syarikat di Malaysia ada pasaran dan keuntungan sendiri.

 

1.4.4.               PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

 

          Penggunaan teknologi terutamanya dalam era globalisasi ini tidak asing lagi dalam hidup manusia. Seperti yang dinyatakan oleh pengkaji kemudahan mengakses maklumat melalui peranti digital ini memudahkan serta menjimatkan masa menyebabkan pengguna merasa dunia ini amatlah kecil. Permintaan peranti dan teknologi digital ini amatlah tinggi kerana pelbagai lapisan umur menggunakan peranti dan teknologi yang dianggap gaya hidup smart living. Semikonduktor merupakan teras kemajuan Informations and Communication Technology (ICT). Sudah semestinya semikonduktor mempunyai permintaan yang tinggi untuk menghasilkan peranti-peranti yang sejajar dengan kemajuan teknologi dalam dunia digital ini. Penyelidikan dan Pembangunan perlulah dilakukan kerana era digital ini menyebabkan pengguna boleh mengakses pelbagai informasi sama ada baik atau buruk, ketagihan kanak-kanak terhadap peranti digital, dan sebagainya bagi menyelakkan daripada perkara buruk berlaku.

 

           Pada pandangan kami, penyelidikan dan pembangunan dalam sektor semikonduktor sudah semestinya menambah peluang pasaran Malaysia ke luar negara. Sektor E&E iaitu Elektrikal dan Elektronik memberi sumbangan dan meningkatkan KDNK Malaysia melalui pelaburan dari negara luar, pendapatan dari hasil eksport, dan peluang pekerjaan serta memainkan peranan penting dalam sumbangan pembangunan perindustrian negara. Oleh itu, peningkatan dan cadangan jika diambil dapat menarik pelabur asing dari luar negara seperti Amerika, Taiwan dan China agar pelaburan dapat ditingkatkan sejurus meningkatkan kemajuan E&E dan KDNK Malaysia kerana semikonduktor merupakan asas kepada semua teknologi. Permintaan semikonduktor akan semakin meningkat apabila penghasilan barang tersebut melengkapi P&P yang dinyatakan berikut.  Syarikat tempatan kurang melakukan P&P bagi industri semikonduktor kerana memerlukan peruntukan yang besar.

Melalui P&P hasil dari industri ini dapat menarik minat pelabur dari luar negara, sejurus itu dana juga dapat ditingkatkan jika barangan semikonduktor kita memenuhi piawaian yang dikehendaki oleh pelabur asing. Penambahbaikan industri semikonduktor memerlukan peruntukan dana atau pelaburan yang tinggi. Sebagai contohnya, kerajaan hendaklah memberikan peruntukan dan intensif kepada syarikat awam dan swasta. Hal ini kerana tahap produktiviti bagi industri elektronik melebihi sektor pembuatan sebanyak RM6610 serta industri semikonduktor memerlukan dana yang tinggi. Selain itu, industri semikonduktor mestilah dinaik taraf aktiviti mereka selain dari ditumpu pada operasi pemasangan sahaja berpandukan  Pelan Perindustrian Ketiga (2006-2020) dan Program Transformasi Ekonomi. Galakkan daripada kerajaan kepada syarikat telekomunikasi seperi Maxis, Celcom dan Digi untuk menggunakan IC design untuk industri telekomunikasi. Hal ini kerana industry telekomunikasi mempunyai permintaan tinggi di seluruh negara dan peningkatan semikonduktor juga akan berlaku jika mereka menggunakan IC design. Peranan kerajaan juga penting dalam menjanakan idea dan memberi intensif bagi memudahkan penyelidik menyelesaikan masalah-masalah dalam industri ini. 

 

 

 

 

1.4.5.               PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Modal insan boleh ditakrifkan sebagai elemen penting dalam proses pengeluaran, merangkumi gabungan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, ketahanan dan kebolehan. Tenaga manusia terdiri daripada pengetahuan dan kemahiran. Ia adalah hasil daripada pelaburan. Pengetahuan dan kemahiran membentuk modal insan. Menurut Jordo dan Novas (2017), fungsi entiti korporat dipengaruhi oleh dua faktor utama, iaitu pengurusan pengetahuan (KM) dan modal intelektual (IC). Sesungguhnya, terdapat hubungan yang rapat antara kedua-dua faktor ini.

Berbanding dengan negara Asean lain, mula-mula Malaysia ada kelebihan prasarana seperti lapangan terbang, lebuh raya, tenaga elektrik dan bekalan air dan lain lain. Sekarang, pembangunan infrastuktur di Indonesia dan Vietnam semakin pesat. Sektor semikonduktor Malaysia perlu beralih ke bahagian hadapan dan bukan masih diperingkat pemasangan yang begantung kepada buruh. Mesti beralih ke teknologi intensif untuk tingkatkan pendapatan warga negara.

Bagi menggalakkan penambahan pekerja mahir  dan meningkatkan peluang pekerjaan dalam industri semikonduktor di Malaysia, pelaksanaan langkah-langkah berikut adalah dicadangkan supaya  mempromosikan pendidikan STEM, mewujudkan kerjasama dengan institusi pendidikan. Bekerjasama dengan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti untuk memajukan penyebaran pendidikan STEM. Menyediakan peluang bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa, geran atau latihan amali kepada pelajar yang mengikuti program akademik dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), dengan penekanan khusus pada disiplin yang berkaitan dengan semikonduktor. Mengendalikan sesi bermaklumat, bengkel dan ekspo kerjaya untuk memudahkan pemahaman pelajar tentang peluang yang ada dalam industri semikonduktor dan memberi mereka bimbingan yang sesuai.

Seluruh dunia mengalami kekangan modal insan. Singapure memikat bakat dari Malaysia dan Asia, Amerika Syarikat menarik modal insan dari seluruh dunia. Malaysia mesti mempunyai strategi yang sama untuk mengembangkan modal insan dan tidak perlu risau bakat luar negara akan merampas peluang pekerjaan tempatan. Sebaliknya, mereka akan membawa peluang perkerjaan yang berpendapatan tinggi kepada Malaysia.

Pandangan pakar semikonduktor, pelajar antarabangsa yang tamat penggajian Kursus STEM haruslah diberi peluang dan permit bekerja di Malaysia. Kemasukan modal insan ini membantu sesebuah negara membina asas yang kukuh dalam pembuatan IC. Dalam hal ini, kerajaan memainkan peranan penting dalam membangunkan dan memupuk modal insan melabur banyak dalam pendidikan sains dan kejuruteraan, menubuhkan universiti dan institut penyelidikan bertaraf dunia. Penekanan terhadap pendidikan teknikal ini dapat meningkatkan kuantiti pekerja mahir yang berterusan untuk menyokong sektor pembuatan IC yang semakin berkembang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.4  KESIMPULAN - HIPOTESIS

 

Kesimpulannya, Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala yang kukuh dengan Amerika Syarikat dan China. Disebabkan Amerika Syarikat mempunyai banyak kilang elektronik multinational di Malaysia dan menghantar sebahagian pelaburan ke Malaysia untuk meningkatkan eksport semikonduktor dan E&E iaitu industri semikonduktor di Malaysia. Malaysia dapat bermanfaat daripada perang perdagangan dan teknologi yang diisytiharkan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap China jika kerajaan melaksanakan strategi yang baik.

Malaysia telah menpunyai sebahagian besar daripada hasil perdagangan antarabangsa dari perang perdagangan yang berterusan. Negara kita menduduki tempat keempat di peringkat global.

Industry E&E menjadi bahagian penting dalam sektor perkilangan. Sejak tahun 70-an, kilang pengeluar semikonduktor milik syarikat antarabangsa di Amerika Syarikat telah membina beberapa negara pengeluar utama semikonduktor salah satu negara ialah Malaysia. Kajian menunjuk 84.50% eksport Malaysia adalah dari sektor perkilangan. (Baek, 2005)

Seterusnya, Pelaburan asing membuktikan bahawa Malaysia mempunyai potensi dalam menghadapi krisis dan mampu menukar krisis kepada menjadi satu peluang, agar Malaysia dapat menarik lebih banyak pelaburan dari negara luar. Malaysia mencatatkan aliran masuk bersih yang lebih tinggi sebanyak RM19.3 bilion dalam pelaburan langsung asing pada suku keempat 2022 berbanding RM12.3 bilion pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. (Beeson , 2009)

Pelaburan asing akan tingkatkan penyelidikan dan pembangunan ( P&P ) Malaysia sebab P& P Malaysia bergantung kepada syarikat Multination ( MNC ) dan jarang syarikat Malaysia memberi peruntukan dalam Penyelidikan dan Pembangunan.

Peningkatan P&P di Malaysia akan tingkatkan kualiti dan pendapatan Modal insan di Malaysia dan akan manfaatkan Malaysia untuk mencapai negara berpendapatan tinggi.

Pada 14 April 2023, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Industri ( MITI ), Datuk Seri Isham Ishak menyatakan bahawa Malaysia akan mengadakan Pelan Induk Industri 2030 pada October 2023. Pelan ini akan Mengukuhkan Malaysia sebagai industri semikonduktor global hab. Beliau berkata Malaysia sedang menarik pelaburan dalam industri semikonduktor, terutamanya di bahagian hadapan rangkaian berkalan seperti pembuatan peralatan dan reka bentuk litar bersepadu.

 

1.5  RUJUKAN

Abad, L. A. ((2015)). The Malaysian semiconductor cluster. Microeconomics of Competitiveness. 1-32.

Butler-Bowdon, T. N. (2017). Economics Classics:. Your shortcut to the most important ideas on capitalism, finance, and the global economy., 50.

Chen, T. C. (2020). The influence of R&D intensity on financial performance:. The mediating role of human capital in the semiconductor industry in Taiwan. Sustainability,, 12(12), 5128.

Fred Warshofsky, F. (1989). The Chip War. New York ; Scribner., pp. 131-132.

Group, M. P. (2017, Jun 26). Perang dagang AS-China jejaskan perniagaan Asia Pasifik. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/06/578291/perang-dagang-china-jejaskan-perniagaan-asia-pasifik

Harian, 1. S. (2019). Perang perdagangan AS-China, masa untuk Pelan B dimuat turun daripada. page=5. Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/29457/BERITA?

Lim, C. T. (2023, April 24-30). "Taiwan-plus-one". pushes Phison to revisit investment in Malaysia. The Edge,, p28.

Lin, Y. &. (2014). Human capital flows in Taiwan’s technological catch up in integrated circuit manufacturing. Journal of Contemporary Asia,, 44(1), 64-83.

Miller, C. (2022). Chip War: The Fight for the World's Most Critical Technology. Simon and Schuster., 50-65.

Porter, M. E. (2011). Competitive advantage of nations:. creating and sustaining superior performance. simon and schuster.

Reinert, E. (2007). How Rich Countries Got Rich and Why Poor Countries Stay Poor, New York. Carroll & Graf Publishers.

Robinson, A. L. (1980). Perilous Times for US Microcircuit Makers: Is Japan's success in microelectronics a threat to US industry, or will both countries be hard pressed to meet demand in the 1980's?. Science, , 208(444), 582-586.

Rozaimi, M. (2019, Januari 14). Perang Dagang AS-China Untungkan Malaysia dan Vietnam. Sinar Harian. Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/7365

Sheng"., T. S. (2021). "US-China Rivalry: Malaysia's Strategy in Managing The Impacts & Tensions. George Town Institute of Open and Advanced Studies, 345. Retrieved from https://youtu.be/CNA3cPCQms0

Sinan, S. (2019. Februari 2). Perang Perdagangan Amerika Syarikat Dan China Pelajaran Bagi Umat Islam. . Hizbut Tahrir Malaysia. https: //mykhilafah.com/perang-perdagangan- amerika-syarikat-dan-china-pelajaran-bagi-umat-islam/.

Skornia, T. A. (2004). A case study in realizing the American dream: Sanders and Advanced Micro Devices. the first fifteen years, 1969-1984. , p.140.

TheKapital.my. (2022). MQTech, TSIST Rancang Sediakan Fasiliti Semikonduktor di UTeM. Bernama. Retrieved from https://thekapital.my/mqtech-tsist-rancang-sediakan-fasiliti-semikonduktor-di-utem/

Tin, T. C. (2021, August 23). IEEE Xplore.The Implementation of a Smart Sampling Scheme C2O Utilizing Virtual Metrology in Semiconductor Manufacturing.

Ting, K. Y. (2020). Trade war between the USA and China: Who gains? Who loses? . Does Malaysia stand a chance to benefit?.

TS, L. (2023). Ahli ekonomi Andrew Shen Liantao. Bekerja dengan cara yang low profil dan tumpukan perhatian pada mengkaji krisis kewangan. Shin Chew Daily.

Yean Tham, S. Y. (2019). US–China trade war: Potential trade and investment spillovers into Malaysia. Asian Economic Papers. 18(3), 117-135.

YUSOF, N. (2011). Pelaburan Langsung Asing dan Pembangunan Industri Barangan Elektrik dan Elektronik di Negeri Pulau Pinang, 1970–2007 (Foreign Direct Investment and Development of Electric and Electronic Products Industry in Penang State. 1970–2007.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Sijil Dekan USM PPJJ SA 2021/2022

Terima kasih kepada semua yang bertepuk tangan semasa khusus intensif JFP463E USM PPJJ

Penghargaan kepada Desasiswa Aman Damai, USM PPJJ