Majlis Anugerah Sijil Dekan USM PPJJ SA 2021/2022

 Tahun ini merupakan tahun pertama saya dapat Sijil Dekan. Terima kasih kepada  ahli Kumpulan whatapps CGPA 3.00 ke atas.

Pelajar duduk sebelah kiri saya adalah Germeet Kaur A/P Jarnil Singh, menurut senarai penerima sijil dekan. Dia kata dia pernah lihat saya sejak saya tahun pertama. Saya tak berapa ingat pernah jumpa dia. Saya bersyurkur dia berkata dengan saya.




Saya juga rasa nampak Jeff Kuok, menurut senarai nama anugerah. Sebab dia tak berapa sama dengan gambar. Tapi, dia duduk jauh. Tak dapat cakap dengan dia. Jeff adalah ahli kumpulan tugasan saya untuk tahun lepas JFP312 Modal Teroka dan keusahawanan dan tahun ini JFW462 Pengurusan Institusi Kewangan dan pasaran.

Selepas dapat Sijil, Ada orang mula tinggalkan dewan. Saya juga nampak Jeff mahu tinggal dewan. Saya cuba panggil dia "Jeff". Dia balas dan pandang ke arah saya. Dia kata dia ada tanggap gambar saya tadi dan akan post dalam Kumpulan. Sebelum ini, dalam kumpulan, ada bergurau tak dapat ambil gambar dan mungkin terpaksa selfie. Ini bermaksud Jeff ada baca post itu dalam kumpulan walaupundia senyap masa itu. Jeff juga kenal rupa saya walaupun tak pernah berjumpa.  Saya masih ingin berjalan selesa dalam kampus dan tidak di kenali, jadi, tidak ingin dedahkan gambar saya. Saya mohon Jeff whatapps gambar kepada saya sahaja dan jangan post dalam kumpulan. Jeff setuju.

Bila pentas panggil nama Ryan. Saya pun nampak rupa dia.Rupa Ryan tak beza banyak dengan gambar dia dalam portal USM PPJJ. Ryan adalah ahli kumpulan saya untuk JKE213 Wang dan perbankan tahun lepas. Tahun ini dah tiada subjek sama kumpulan dengan saya. Dia pelajar Major Sains Politik dan bukan pengurusan.

Selepas majlis anugerah tamat. Ada ambil gambar kumpulan. Lepas itu ada makanan dessert diedarkan ( ambil sendiri ). Saya nampak Priya dan hilang dalam dewan. Jadi, saya bergurau dengan dia dalam kumpulan lepas itu , rugilah dia balik awal.

Selepas ambil makanan. Saya pergi tunggu bus. Saya nampak Ryan berjalan ke arah bus stesen. Tadi sudah kena muka Ryan. Saya panggil dia bila dia hampir. Dia balas sahaja walaupun tidak tahu siapa saya. Saya baru beritahu dia saya Peter Chen.

Pertama kali dapat bersemuka dengan Ryan. Saya pergi Desasiswa Restu, tak ingat pergi kedai runcit atau gerai alat tulis. Jadi, saya bersama Ryan balik Restu dan bukan balik Aman Damai.

Ryan juga ada kongsi petua duduk peperiksaan sains politik sepanjang jalan. Tapi, sains politik adalah salah satu subjek peperiksaan esei dan bukan objektif Peperiksaan berterusan ( PB ) kali ini. Saya rasa saya gagal subjek ini. Markah adalah termasuk tugasan,markah kerja khusus sahaja. Saya rasa saya gagal jika hanya kira markah PB.

Selepas pergi kedai runcit dan gerai alat tulis di Restu. Saya naik bus kembali ke Desasiswa Aman Damai. Bila saya naik bus. Seorang pelajar yang saya tak kenal tanya saya dengan jerit apa yang saya pegang di tangan itu. Dia mesti nampak ramai orang ambil "Paper bag" yang ada makanan percuma itu. 



Jadi, saya beritahu dia itu makanan dari majlis tadi. Dia pun rasa bangga dan gembira saya dapat Sijil dekan. Dia mohon lihat Sijil Dekan saya. Jadi, saya tunjuk Sijil saya kepada dia.Dia minta izin untuk ambil gambar Sijil saya. Saya rasa tak apa dan setuju. Dia gembira ambil gambar Sijil saya.



Dia pelajar Sains Politik juga jika tidak silap.

Kami berpisah selepas sampai Padang Kawat.

Satu hari ada jumpa sekurang-kurangnya 4 orang!

Akhirnya, Universiti ada ambil gambar, tak perlu selfie!



Comments

Popular posts from this blog

Penghargaan kepada Desasiswa Aman Damai, USM PPJJ

Peluang pelaburan asing dan Sektor Perkilangan dalam perdagangan antara AS dan China.

khusus intensif untuk JFW470 Derivatif USM PPJJ