Terima kasih kepada semua yang bertepuk tangan semasa khusus intensif JFP463E USM PPJJ

 Semasa menghadiri khusus intensif untuk subjek JFP463E Security Investment and Portfolio Management di USM PPJJ.

Tiba-tiba, pensyarah Dr Zarina menunding jari kepada saya pilih saya untuk jawab soalan.Dr suruh saya beritahu nama saya dulu. Saya terjekut kerana tiba-tiba dipilih Dr dan automatik jawab, Peter! 

Saya dah menyesal saya sebut nama itu, sepatutnya guna nama samaran, macam terlalu high-profil. Tapi, Dr tanya tiba-tiba. Saya tidak ada masa berfikir. Terlalu lewat saya menyesal.

Sebenarnya, saya pernah berjumpa dengan Dr Zarina di bilik dia semasa khusus intensif 2 tahun lepas sebelum pkp Covid-19. Dr tanya saya maksudnya Dr dah terlupa saya.

Dr tanya : Peter yang aktif dalam chat? Saya tidak anggap saya aktif dalam chat. Cuma tiada orang jawab soalan, saya cuba jawab supaya webex tidak terlalu senyap dan ada orang turut ikut jawab. Tapi, Dr tanya soalan itu bermaksud Dr sekurang-kurangnya ingat saya seorang yang aktif dalam chat semasa webex walaupun terlupa pernah jumpa saya 2 tahun lepas. Dia tak kena pelajar yang aktif itu.

Tiba-tiba, seluruh dewan tepuk tangan. Dr dan saya juga terkejut. Dr tanya soalan saya pun tak dengar. Lepas itu, saya jawab soalan, terlalu jauh Dr pun tak dengar. Semua orang rebut jawab untuk saya. Seluruh dewan jadi terlalu bising. Dr pun tak dengar apa-apa. Dr terpaksa teruskan syarah atau kuliah dia tanpa hiraukan jawapan saya sebab tak dengar selepas percubaan beberapa kali.

Selepas tamat kuliah, saya terlalu malu risau orang nampak dan ingat muka saya. Jadi, saya cepat-cepat keluar dewan tanpa salam dengan semua.

Khusus intensif dah tamat lama. Saya rasa saya hutang satu terima kasih kepada semua yang bertepuk tangan semasa khusus ntensif JFP463E......Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

khusus intensif untuk JFW470 Derivatif USM PPJJ

Peluang pelaburan asing dan Sektor Perkilangan dalam perdagangan antara AS dan China.

Khusus intensif untuk JTP480 Kaedah Penyelidakan Perniagaan