Penghargaan kepada Desasiswa Aman Damai, USM PPJJ

Berikut sudah muat naik ke Borang Maklum Balas Sokongan Pelajar PPPJJ bertarikh 30 March 2023 :


 Saya ingin memberi penghargaan kepada Desasiswa Aman Damai Encik Md Badro Hishan Ibrahim. Pada hari kedua saya masuk desasiswa. Lampu bilik saya tidak bernyala. Rakan bilik saya tidak guna bilik itu. Jadi, saya cuba tukar lampu dia ke sebelah saya. Akhirnya, dua-dua belah lampu dah jadi tidak nyala. Tinggal lampu meja dua-dua belah nyala sahaja. Dah hampir pukul 6.00.

Saya whatapps seorang dulu, dia tak baca. Saya whatapps Encik Md Badro Hishan Ibrahim. Pun nampak tak baca. Saya whatapps Pn Nurul Izzati Rozali. Pn Izzati balas dengan cepat. Dia kata Technician dah balik. Minta saya esok pagi ke Pejabat Desasiswa Aman Damai untuk laporkan. Selepas itu, Encik Md Badro Hishan Ibrahim juga balas. Dia pun kata bergitu, esok pagi pergi pejabat laporkan. Jadi saya keluar makan malam. Semasa makan, Technician Encik Saiful panggil. Dia kata dia akan sampai bilik saya dalam 5 minut. Suruh saya balik. Jadi, saya cepat-cepat dari kantin. Encik Saiful sampai dalam kurang daripada satu minut selepas saya sampai bilik saya. Selepas tukar lampu dua-dua belah untuk saya. Dia nampak saya seorang lelaki tak kemas bilik. Dia kata pelajar sepenuh mas keluar 27 Feb 2023 dan kami masuk 28 Feb 2023. Jadi, pihak Universiti tak sempat brsihkan bilik sebelum pelajar PPJJ masuk. Dia tawarkan secara sukarela, saya tidak mohon pun. Mungkin dia nampak bilik saya kotor dan tidak bersih. Dia kata dia mahu saya belajar dengan selesa. Esok, ada 2 pembersih ketuk pintu. Mereka bersopan, tanya saya boleh saya keluar sekejap supaya mereka boleh bersihkan bilik saya. Jadi, saya keluar makan tengah hari sekejap. Selepas saya balik. Bilik saya juga dah bersih. Terima kasih kepada Encik Saiful dan 2 pembersih. Lampu luar bilik saya juga tidak berfungsi. Saya tidak rayuan apa-apa. Sebab itu di luar bilik. Selepas beberapa hari atau satu minggu. Lampu itu sudah tukar jadi elok tanpa apa-apa rayuan. Ini bermaksud bahagian teknikal ada buat kerja dan tanggungjawab mereka secara sukarela tanpa rayuan. Hari terakhir, Bila saya pergi pejabat Desasiswa Aman Damai untuk pulangkan kunci. staf janga kaunter juga salam saya dengan baik. Pengurusan seluruh Desasiswa Aman Damai adalah baik,berkesan. Saya amat menghargai bantuan yang diberi oleh Encik Saiful, Encik Md Badro Hishan, Pn Nurul Izzati Rozali, Pembersih-pembersih yang bertanggungjawab, staf kaunter. Terima kasih! Sekian, Terima kasih, Yang Benar, Peter Chen

Comments

Popular posts from this blog

khusus intensif untuk JFW470 Derivatif USM PPJJ

Peluang pelaburan asing dan Sektor Perkilangan dalam perdagangan antara AS dan China.

Khusus intensif untuk JTP480 Kaedah Penyelidakan Perniagaan