Membeli pengasah ( sharpener ) pencil di koperasi USM
Cepatnya khusus intensif, dah mahu mula Peperiksaan Berterusan ( PB ) yang pertama, JFW462 jika tidak silap.
Selepas PB subjek pertama. Saya rasa pencil 2B saya sudah tidak tajam. Mesti beli pengasah.
Saya siap awal, saya pergi Desasiswa Restu lihat kedai runcit dan gerai alat tulis lihat ada pengasah.
Selepas saya sampai Desasiswa Restu, malangnya, dua-dua kedai runcit dan gerai alat rulis dah habis stok pengasah. Saya terpaksa kembali ke USM dan pertimbangkan mungkin perlu pergi ke Queensbay Mall.
Sebenarnya, saya siap PB JFW462 awal. Saya ingat Christina kata dia tidak hadir khusus intensif. Sebab tak dapat cuti oleh majikan. Tapi, dia akan tinggal di asrama selepas PB mula. Christina adalah ahli kumpulan saya JTW302 dan beberapa subjek lagi tahun lepas. Tapi, tahun ini dah tiada subjek sama kumpulan.
Saya whatapps tanya Christina sudah siap ke, PB JF462. Christina balas kata sudah siap dan dia nampak saya jalan ke arah Restu. Saya hairan, saya tak pernah bersemuka dengan Christina! Christina kenal saya ke? Christina kata kenal.
Saya beritahu Christina pasal pengasah pencil. Christina kata : kenapa tak pergi Koperasi USM. Tak perlu pergi jauh-jauh seperti Queensbay Mall.
Saya baru ingat ada Koperasi USM. Jadi saya pergi naik bus pergi Koperasi USM. Christina pesan jangan pergi juah-jauh seperti Queensbay Mall!
Saya terharu pesanan Christina. Dia masih peduli walaupun dah tak sama kumpulan.
Akhirnya, saya dapat beli pngasah di Koperasi USM. Tak perlu pergi Queensbay mall. Ada whatapps beritahu Christina gambar seperti berikut :
Comments
Post a Comment